LAHAD DATU: Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mereka terdiri daripada empat jurupandu warga asing yang membawa sekumpulan 11 pekerja sebuah kilang sawit di daerah ini melakukan aktiviti river hiking.
Beliau berkata bagaimanapun aktiviti berkenaan tidak mendapat sebarang kelulusan atau kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Sabah ataupun pihak bomba, malah tiada makluman dibuat kepada pihak polis dalam menjalankan aktiviti itu.
Menurut Dzulbaharin kejadian itu mengakibatkan kematian kepada tiga individu iaitu dua pekerja kilang serta seorang jurupandu, yang ditemukan lemas pagi tadi.
"Bomba berjaya menyelamatkan sembilan pekerja kilang terbabit selepas mendapat maklumat daripada tiga jurupandu, kesemua 12 yang selamat ini terdiri daripada tiga wanita dan sembilan lelaki.
"Tiada sebarang makluman dilaporkan kepada Balai Polis Tungku, selain difahamkan jurupandu terlibat adalah tidak terlatih," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dzulbaharin berkata siasatan mendapati aktiviti di kawasan itu telah dihentikan dan ditutup oleh Jabatan Perhutanan Sabah kerana keadaan aktiviti itu yang tidak dikawal serta mencabar.
"River hiking ini memerlukan peserta berjalan kaki dalam air, perlu berenang dalam air, perlu pakai jaket keselamatan dan perlu dibantu sekiranya tidak boleh dengan menggunakan tali. Aktiviti ini bukan mendaki biasa kerana pendakian biasa hanya perlu naik bukit, turun bukit, pakai tongkat... tetapi ini lain, aktiviti ini agak mencabar.
"Laluan itu juga memang mencabar kerana laluan kiri dan kanan berbatu tinggi (seperti dinding), kalau datang (berlaku) kepala air memang tidak ada tempat untuk lari, kalau sungai biasa kita boleh lari ke tebing, ini tidak ada tebing," katanya.
Beliau sehubungan itu menasihati orang ramai yang mahu melakukan aktiviti lasak di air supaya mengambil tahu keadaan cuaca semasa, berhati-hati serta mengambil perhatian terhadap notis di sesuatu lokasi.
"Kegiatan yang mengorbankan tiga nyawa ini dibuat dalam kawasan hutan simpan, kejadian ini berlaku di Hutan Simpan Silabukan iaitu dilarang sama sekali memasuki hutan simpan. Notis telah dikeluarkan ada dua tempat iaitu di Lahad Datu, melibatkan Sungai Merabung dan Sungai Makuau," katanya.
Menurut Dzulbaharin kejadian kepala air di Lembah Maksina merupakan pertama kali berlaku dan polis tidak mempunyai kuasa mengawal kawasan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Lata Kinjang dilanda kepala air
Hujan lebat beberapa jam yang melanda kawasan Kampar dan Tapah menyebabkan berlaku kejadian kepala air di Lata Kinjang awal pagi ini.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
Kepala air Lahad Datu: Aktiviti river hiking tidak dapat kelulusan, kebenaran
Polis mengesahkan sebanyak 15 individu terlibat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau, Tungku semalam.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Mayat mangsa tragedi kepala air di Kampung Sebat ditemui
Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun tersebut oleh penduduk kampung.
Kepala air: Seorang maut, seorang hilang di air terjun Kampung Sebat
Insiden tersebut melibatkan empat mangsa yang kesemuanya lelaki dengan dua daripada mereka berjaya diselamatkan orang kampung.
41 ahli keluarga cemas terperangkap insiden kepala air di Kapit
Akibat hujan lebat yang melanda, air sungai naik secara tiba-tiba mengakibatkan kepala air yang deras dan semua mangsa yang berada di situ terperangkap.
Tragedi kepala air: Jenazah Aszura selamat dikebumi
Jenazah Aszura disemadikan selepas disolatkan di Masjid Al-Muhtadin kira-kira jam 11.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Tragedi kepala air Kampung Poh: Mayat dua beradik mangsa terakhir ditemui
Mangsa Hanum Marissa Azam, 2 tahun, dan kakaknya, Hanna Mikayla, 7 tahun, dijumpai kira-kira pukul 9 dan 9.10 pagi.